Remaja 14 tahun tikam lelaki di Universiti Sydney

Remaja 14 tahun tikam lelaki di Universiti Sydney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Polis Australia menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun selepas menikam seorang lelaki di Universiti Sydney, hari ini.

Polis New South Wales berkata, mangsa yang berusia 22 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan serius tetapi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Polis berkata, penyerang yang didakwa menaiki bas selepas kejadian itu ditahan berhampiran kawasan hospital.

“Mangsa dan penyerang tidak mengenali antara satu sama lain. Insiden itu juga tidak mendatangkan risiko berterusan kepada masyarakat,” katanya.

Jurucakap Universiti Sydney berkata, pihak polis menjalankan operasi di kampus Camperdown dan anggotanya kini berada di kampus, sementara siasatan diteruskan.

Serangan itu berlaku kira-kira dua bulan selepas enam orang terbunuh dan 12 yang lain cedera dalam serangan tikaman di pusat beli-belah tepi pantai di kawasan Bondi di Sydney, dan seorang paderi gereja cedera dalam serangan tikaman yang lain. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya