Remaja 14 tahun disahkan hidap virus Nipah - Utusan Malaysia

Remaja 14 tahun disahkan hidap virus Nipah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERALA: Jabatan Kesihatan Kerala mengesahkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari daerah Malappuram positif virus Nipah.

Ia merupakan kes kelima sejak 2018 negeri itu melaporkan kes jangkitan.

Menteri Kesihatan, Veena George memberitahu pihak media, mangsa yang tinggal di kejiranan Pandikkad menerima mesin sokongan akibat keadaan kritikal di hospital swasta di Kozhikode.

“Sampel makmal dan laporan perubatan di makmal Kozhikode mendapati mangsa dijangkiti virus Nipah.

“Instiut Virologi Negara di Pune juga mengesahkan jangkitan virus yang jarang berlaku itu,” kata George.

Susulan itu, bilik kawalan dibuka di daerah tersebut bagi memantau situasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya