Rayner dilantik Timbalan Perdana Menteri UK - Utusan Malaysia

Rayner dilantik Timbalan Perdana Menteri UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer mengumumkan pembentukan Kabinet dengan melantik Rachel Reeves sebagai Canseor wanita pertama di negara itu.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi oleh Angela Rayner, Setiausaha Parlimen,Yvette Cooper dan Menteri Luar baharu, David Lammy.

Menteri Kesihatan baharu, Wes Streeting berkata, sektor kesihatan di negara itu mengalami ‘kerosakan’ teruk dan perlu dipulihkan segera.

Beliau mahu segala isu yang membelenggu Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) diatasi termasuk kadar bayaran kepada doktor muda, minggu depan.

Starmer berikrar mahu menambat kepercayaan rakyat terhadap tadbir urus negara dan berjanji Buruh yang dilantik hari ini adalah ‘kerajaan yang berkhidmat pada rakyat’.

Semalam, sewaktu keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) di UK diumumkan, pemimpin parti Konservatif, Rishi Sunak mengakui kekalahan dan mengumumkan peletakan jawatan serta merta dalam parti itu. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya