Rasai kemeriahan Euro 2024 bersama adidas

Rasai kemeriahan Euro 2024 bersama adidas

Booth adidas yang dibawakan di Sunway Pyramid untuk peminat-peminat bola sepak negara untuk menyemarakan Euro 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AYUH semarakkan Euro 2024 dengan mengunjungi booth adidas di Sunway Pyramid yang telah bermula 1 Julai dan akan berakhir pada 14 Julai.

Pelbagai aktiviti disediakan bagi peminat-peminat bola sepak yang mengunjungi booth disediakan termasuklah melihat jersi pasukan-pasukan yang bertanding di Euro 2024.

Antara pasukan yang menggayakan baju jenama adidas di Euro 2024 adalah Sepanyol, Jerman, Belgium dan Itali.

Setiap jersi Euro 2024 menggabungkan elemen tradisional dengan reka bentuk moden.

Jersi ini direka dengan teknologi Heat.Rdy atau Aeroready untuk memastikan pemain selesa dan beraksi pada tahap terbaik mereka serta menampilkan penampilan baharu yang berani, ia adalah simbol harapan dan perpaduan.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang mencuba boots baharu F50 yang telah dipakai bintang-bintang dunia di Euro 2024 serta bola rasmi Fussaballiebe yang digunakan dalam kejohanan Eropah berkenaan.

Reka bentuk bola itu mencerminkan tenaga permainan dan penggunaan warna merah, biru, hijau dan oren yang berani melambangkan semangat yang dibawa oleh negara-negara yang bertanding ke kejohanan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya