Ramai wanita, kanak-kanak Sudan diperkosa - Utusan Malaysia

Ramai wanita, kanak-kanak Sudan diperkosa

GAMBAR HIASAN -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN SUDAN: Human Rights Watch (HRW) mendedahkan pihak yang berperang di Sudan melakukan keganasan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia antara sembilan hingga 60 tahun.

Malah, lebih membimbangkan apabila mangsa yang terselamat dihalang daripada mengakses penjagaan kesihatan di ibu negara.

Laporan baharu bertajuk ‘Khartoum Tidak Selamat untuk Wanita’, oleh badan pemerhati hak asasi manusia merekodkan keterangan seramai 42 pekerja penjagaan kesihatan.

Responden pertama adalah mangsa keganasan seksual serta perkahwinan paksa dan kanak-kanak sejak perang meletus pada April 2023 antara tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas separa tentera. 

Antara April hingga Februari lalu, seramai 18 penyedia penjagaan kesihatan merawat sejumlah 262 mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual di Khartoum, termasuk bandar Omdurman di seberang Sungai Nil.

Timbalan Pengarah HRW di Afrika Selatan, Laetitia Bader berkata, jumlah kes yang dilaporkan hanyalah sebahagian kecil daripada angka sebenar, dengan kebanyakan mangsa yang terselamat tidak dapat atau tidak mahu mendapatkan rawatan kecemasan.

“RSF merogol mangsa beramai-ramai, memaksa berkahwin dengan ramai wanita dan gadis di kawasan perumahan di ibu negara Sudan. 

“Kedua-dua pihak yang bertelagah menghalang mangsa mendapatkan bantuan dan khidmat sokongan. Ini menambahkan lagi bahaya yang mereka hadapi dan membuatkan mereka berasa tiada tempat yang selamat,” katanya.  

Laporan setebal 88 halaman itu juga memperincikan ‘keadaan yang boleh menjadi perhambaan seksual’. 

Walaupun keganasan seksual dikenal pasti terutamanya sebagai senjata sistematik yang digunakan oleh RSF, terdapat juga laporan tentang keganasan seksual melibatkan anggota tentera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN