Ramai banduan di Niger berjaya loloskan diri, 3 terbunuh

Ramai banduan di Niger berjaya loloskan diri, 3 terbunuh

A national police officer stands guard as supporters of Niger's National Council for Safeguard of the Homeland protest outside the French and Niger airbase in Niamey on September 9, 2023 to demand the departure of the French army from Niger. The French army is holding talks with Niger's military over withdrawing "elements" of its presence there following a coup, a defence ministry source said on September 5, last year. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Seramai tiga tahanan terbunuh selepas meloloskan diri dari penjara keselamatan berhampiran ibu negara Niamey.

Ketika kejadian, puluhan tahanan melarikan diri di Penjara Koutoukale yang menempatkan ramai pemberontak yang menyasarkan negara Afrika Barat selama bertahun-tahun.

Pihak tentera berkata, pemberontakan berlaku di kawasan penjara dengan puluhan banduan mengambil kesempatan untuk melarikan diri.

Pengganas bersenjata terbunuh dan usaha pencarian giat dijalankan untuk mencari saki baki pelarian di kawasan berpenduduk sekitar Sungai Niger.

Susulan itu, pihak berkuasa mengarahkan perintah berkurung tanpa menyatakan bilangan sebenar pelarian yang meloloskan diri.

Penjara Koutoukale terletak di wilayah Tillaberi, kawasan sempadan Niger, Mali dan Burkina Faso yang luas dan tidak stabil serta terdedah kepada serangan oleh pemberontak yang dikaitkan dengan kumpulan Negara Islam dan Al-Qaeda.

Niger diperintah oleh junta tentera yang merampas kuasa Julai, tahun lalu.

Tentera berkata enam askar terbunuh dalam serangan jihad Rabu lalu, di wilayah jiran Tahoua.

Pihaknya berkata ’22 pengganas’ terbunuh dalam operasi berikutnya di Tillaberi antara Khamis hingga Sabtu lalu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya