Rakyat Singapura dinasihatkan tangguh perjalanan ke Bangladesh

Rakyat Singapura dinasihatkan tangguh perjalanan ke Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Rakyat negara ini dinasihatkan untuk menangguhkan semua perjalanan tidak penting, Ketika situasi di Dhaka kian meruncing.

Nasihat itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar yang turut mengingatkan rakyat Singapura yang berada di Bangladesh supaya kekal berjaga-jaga, meminimumkan pergerakan ke luar rumah serta memantau berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Mereka juga perlu mendaftarkan diri dengan eRegister yang disediakan oleh pihak kementerian jika belum berbuat demikian.

“Rakyat Singapura yang berada di Bangladesh yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Bangladesh menerusi talian bebas 24 jam,” katanya dalam kenyataan.

Kerajaan Bangladesh mengisytiharkan perintah berkurung selama 48 jam bermula hari ini, susulan keadaan yang tidak terkawal serta angka kematian yang semakin tinggi akibat demonstrasi.

Ribuan pelajar mendesak pihak kerajaan agar memansuhkan sistem kuota pengambilan pekerja dalam sector kerajaan kerana menafikan peluang jutaan rakyat untuk berkhidmat sebagai penjawat awam. -CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya