Rakyat protes kemenangan Nicolas Maduro - Utusan Malaysia

Rakyat protes kemenangan Nicolas Maduro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS : Rakyat Venezuela mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara selepas Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE) secara rasmi mengisytiharkan Presiden, Nicolas Maduro sebagai pemenang pilihan raya yang menurut pihak pembangkang dicemari penipuan.

Al-Jazeera melaporkan, protes meletus di seluruh negara, dengan penunjuk perasaan dilihat meruntuhkan patung bekas Presiden Hugo Chavez di Falcon.

Demonstrasi juga tercetus berhampiran Petare, kawasan miskin terbesar di ibu negara, bagi membantah kemenangan Maduro dalam undian yang dilaksanakan semalam.

Di Petare, penunjuk perasaan melaungkan slogan menentang Presiden, dengan ada antara golongan belia bertopeng mengoyakkan poster kempen Maduro.

“Kerajaan ini akan jatuh. Kerajaan ini akan jatuh!,” laung penunjuk perasaan.

Kemarahan orang ramai meningkat susulan pemilihan semula Maduro oleh majoriti rakyat Venezuela untuk tempoh enam tahun lagi bagi penggal 2025-2031.

Menurut pengumuman rasmi CNE, Presiden itu memperoleh 51 peratus undi sekali gus menewaskan pemimpin pembangkang, Edmundo González yang meraih 44 peratus undian.

Dalam ucapan yang disiarkan televisyen di Caracas, Maduro, 61, berkata, tunjuk perasaan itu adalah cubaan rampasan kuasa.

“Kita sudah maklum dengan ‘drama’ ini. Kali ini, undang-undang Venezuela perlu dihormati,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya