Rakyat Israel berperang Hezbollah, yakin sudah tiba jajah Lubnan

Rakyat Israel mahu berperang dengan Hezbollah, yakin sudah tiba jajah Lubnan

PASUKAN keselamatan Israel menghalang peserta demonstrasi semasa Netanyahu melawat Majdal Shams, Bukit Golan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perselisihan antara barisan kepemimpinan di Knesset makin terserlah apabila Jeneral Tertinggi Tentera Israel tidak sebulu dengan  Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Bukan sahaja perang di Gaza yang sudah berlarutan selama Sembilan bulan, kini, Tel Aviv dilihat mahu mengheret Hezbollah di Lubnan ke kancah persengketaan.

Jun lalu, Jurucakap Tentera Israel, Daniel Hagari memberi bayangan pihak Zionis tidak mempunyai keupayaan untuk menentang Hamas.

“Sesiapa yang fikir kami boleh menghapuskan Hamas adalah salah,” katanya.

Matlamat Netanyahu yang berhaluan kanan hanyalah mahu menghapuskan kumpulan pejuang yang mempertahankan tanah Palestin.

Penganalisis Kanan Israel-Palestin, Mairav Zonszein yang mewakili Kumpulan Krisis Antarabangsa menyifatkan melancarkan perang habis-habisan terhadap Hezbollah adalah satu kerja gila.

“Hezbollah adalah musuh paling sukar Israel di rantau ini.

“Saya rasa rakyat Israel membayangkan Israel dan Hezbollah akan terjebak dalam perang yang besar. Namun, persoalannya adalah bagaimana dan dalam keadaannya” ulasnya.

Zonszein berkata, Netanyahu atau Menteri Pertahanan,Yoav Gallant yang mungkin mempunyai lebih banyak pengaruh dalam keputusan untuk berperang menolak perang habis-habisan.

Jika mereka fikir boleh melancarkan mogok besar terhadap Lubnan tanpa mencetuskan peningkatan ketara, pemikiran itu adalah silap. 

“Semuanya adalah sangat bermasalah dan perkara paling tidak masuk akal adalah tuntutan gencatan senjata dan perjanjian tebusan di Gaza.

“Ia secara tidak langsung akan mengurangkan ketegangan  sempadan Israel dengan Lubnan,” jelasnya.

APA PILIHAN HEZBOLLAH?

Israel mahu menyasarkan Komander Kanan Hezbollah atau menyerang Dahiya, pinggir bandar Beirut dan kubu kuat Hezbollah.

“Sekiranya Israel menyerang Dahiya, maka tidak mengejutkan jika Hezbollah bertindak balas dengan satu atau dua peluru berpandu ke bandar Haifa di Israel (sekadar contoh).

Pakar Politik Sains di Lebanese American University, Imad Salamey berkata, strategi jangka panjang Hezbollah adalah kekal terikat dengan Gaza dan tidak mungkin menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan Israel sehingga penyelesaian dicapai.

Beliau percaya Hezbollah mungkin sudah bersedia untuk scenario pasca konflik dengan bersetuju mematuhi Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diluluskan selepas perang Israel-Hezbollah 2006 dan menyeru zon demilitarisasi antara Garis Biru dan Sungai Litani.

Pertama adalah garis persempadanan yang memisahkan Lubnan dari Israel dan Bukit Golan, manakala, yang terakhir adalah sungai besar yang mengalir ke selatan menuju sempadan Lubnan-Israel.

“Hezbollah dan Israel berkemungkinan akan menuntut kemenangan dalam sebarang pengaturan seterusnya untuk mengekalkan sokongan domestik masing-masing dan menghalang peningkatan lebih lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya