Raih RM4.6 juta, SRG tutup mulut pengkritik

Raih RM4.6 juta, SRG tutup mulut pengkritik

PASUKAN Selangor Red Giants (SRG) menjulang trofi selepas bergelar juara kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 di Riyadh, Arab Saudi.-IHSAN SRG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan meraih gelaran dunia tidak dikecapi dengan mudah kerana banyak ranjau dan laluan berliku perlu ditempuhi Selangor Red Giants (SRG).

Bagaimanapun, kejayaan diperolehi di Riyadh, Arab Saudi kelmarin secara tidak langsung berjaya menutup mulut pengkritik e-Sukan yang sebelum ini memperlekehkan kemampuan mereka.

SRG menamatkan kemarau tujuh tahun menjuarai aksi antarabangsa selepas mengungguli acara Grand Final di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 di Arab Saudi untuk membawa pulang wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.67 juta).

Bagi pemain jungler SRG Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau lebih dikenali Sekyss berkata, dia sendiri tidak menjangka akan berjaya muncul juara dan meraih hadiah wang kemenangan yang besar itu.

Namun apa yang penting menurut Sekyss yang dinobatkan sebagai pemain paling bernilai MSC MLBB 2024 menegashkan SRG berjaya menutup mulut pengkritik yang sebelum ini melabelkan SRC sebagai ‘easy server’(lawan mudah).

“Kami berjaya menutup mulut pengkritik atau netizen yang sebelum ini melabelkan kami sebagai ‘easy server’ atau pelengkap slot tapi kini tidak lagi. Hari ini kami buktikan Malaysia mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa,” katanya.

Terdahulu pada aksi final di Amazon Arena Riyadh, SRG dinobatkan sebagai juara selepas menumbangkan wakil dari Filipina, Falcons AP Bren Sport yang juga juara bertahan 4-3.

Tambah Sekysss, kejayaan ini adalah yang pertama dimenanginya di peringkat antarabangsa.

“Saya rasa seperti bermimpi sekarang kerana ini merupakan kejohanan antarabangsa sulung buat saya dan kami merupakan juara dunia. Kami membuktikan kepada semua rakyat diluar sana yang mengatakan Malaysia akan kalah 4-0.

“Namun mereka silap. Kami berusaha dan menewaskan Falcon. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peminat dan penyokong Malaysia yang sentiasa dibelakang kami,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya