PRU UK: Galloway sokong isu Palestin, hilang kerusi Parlimen

PRU UK: Galloway sokong isu Palestin, hilang kerusi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ahli Politik berhaluan kiri, veteran George Galloway kehilangan kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Britain selepas tewas kepada calon Buruh di bandar Rochdale, utara Inggeris.

Galloway hanya berkhidmat selama empat bulan sahaja selepas memenangi pilihan raya kecil, susulan kematian ahli Parlimen bandar itu.

Kali ini, dia kalah kepada calon Buruh, Paul Waugh, bekas wartawan politik yang pernah bekerja dengan akhbar Independent dan Evening Standard Britain, selain dibesarkan di bandar itu.

Galloway, 69, adalah bekas ahli Parlimen Buruh sebelum dipecat daripada parti itu pada 2003 kerana mengkritik Perdana Menteri ketika itu, Tony Blair berhubung perang Iraq.

Mac lalu, kempen Galloway yang pro-Palestin membantunya memenangi undi daripada masyarakat Islam di bandar itu dan dia menggalas mandat ketujuhnya sebagai penggubal undang-undang, mewakili parti Pekerja Britain yang berhaluan kiri.

Kemenangan itu berpunca selepas parti Buruh menarik balik sokongan daripada calonnya berhubung rakaman yang menyokong teori konspirasi tentang Israel.

Konservatif dan Buruh mahu pertempuran di Gaza dihentikan segera.

Namun, pada masa sama, mereka juga menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri sekaligus menimbulkan kemarahan 3.9 juta orang Islam yang membentuk 6.5 peratus daripada penduduk Britain.

Galloway mengkritik Buruh kerana menyokong Israel dalam perangnya menentang Hamas semasa kempen pilihan raya kecil yang lalu. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya