Protes jalanan, 53 rakyat Bangladesh dipenjara - Utusan Malaysia

Protes jalanan, 53 rakyat Bangladesh dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Mahkamah Rayuan Persekutuan Abu Dhabi hari ini menjatuhkan hukuman penjara terhadap 57 rakyat Bangladesh kerana mencetuskan tunjuk perasaan di negara ini berhubung isu kuota pekerjaan yang berlaku di Dhaka.

Agensi berita WAM melaporkan, tiga daripada pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, manakala 53 yang lain dikenakan 10 tahun penjara.

Seorang lagi yang memasuki negara ini secara haram dihukum penjara 11 tahun.

WAM melaporkan, kesemua mereka akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman penjara.

Jumaat lalu, Hakim Negara Hamad Saif Al-Shamsi mengarahkan satu siasatan dilakukan selepas semua rakyat Bangladesh itu ditahan kerana mengadakan protes jalanan berhubung isu kontroversi kuota pekerjaan penjawat awam di negara mereka.

Pasukan penyiasat terdiri daripada 30 anggota mengesahkan pembabitan defendan yang berkumpul di tempat awam, sengaja mencetuskan huru-hara, mengganggu ketenteraman awam dan menggalakkan protes.

Menurut WAM, mereka turut merakam dan menyiarkan rakaman tunjuk perasaan berkenaan di internet.

Malah WAM memaklumkan, penunjuk perasaan terbabit juga tidak menghiraukan amaran polis yang meminta mereka bersurai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN