DHAKA: Anggota polis bertindak kasar apabila menangkap seorang lelaki yang sedang memimpin solat jenazah mangsa yang maut akibat protes menentang dasar kerajaan yang menetapkan kuota pengambilan perkhidmatan awam di ibu negara.
Menerusi rakaman video berdurasi 40 saat yang disiarkan di Al Jazeera, kelihatan seorang lelaki memakai kurta ditangkap sejurus dia mengangkat takbiratul ihram.
Solat jenazah itu didirikan di tepi jalan yang diikuti oleh beberapa individu lain.
Ketika imam itu ditangkap, jemaah yang menunaikan solat jenazah di belakangnya terkejut dengan penangkapan itu.
Demonstrasi yang disertai oleh ribuan pelajar meragut 19 nyawa akibat pertempuran antara pihak polis dengan peserta protes jalanan.