DHAKA: Lebih 4,500 pelajar India di Bangladesh dipindahkan susulan insiden protes ganas yang membawa insiden kematian di Dhaka.
Kementerian Luar India mengesahkan jumlah berkenaan yang sudah selamat tiba di tanah air.
Selain pelajar India, seramai 500 pelajar dari Nepal, 38 dari Bhutan dan seorang dari Maldives turut dipindahkan.
Malaysia juga turut membawa pulang rakyatnya termasuk 124 pelajar menaiki penerbangan khas AirAsia.
Protes yang bermula sebagai bantahan terhadap sistem kuota pengambilan penjawat awam semakin memuncak selepas berlakunya pertempuran berdarah di Universiti Dhaka, minggu lalu. -AGENSI