DHAKA: Seramai 114 orang disahkan maut akibat demonstrasi menentang dasar kerajaan yang menetapkan kuota pengambilan pekerja dalam perkhidmatan awam di ibu negara Bangladesh.
Pertempuran ganas itu juga menyebabkan ribuan yang lain cedera dan Hospital Kolej Perubatan Dhaka menerima 27 mayat antara pukul 5 hingga 7 petang (Waktu empatan), Jumaat lalu.
Mengenai perintah berkurung yang diumumkan, Penggubal Undang-Undang, Obaidul Quader berkata, Kerajaan Bangladesh mengisytiharkan Ahad (21 Julai) dan Isnin (22 Julai) sebagai cuti umum.
Jelasnya, hanya perkhidmatan kecemasan sahaja dibenarkan beroperasi dalam tempoh dua hari kritikal itu.
Dhaka sekarang dikawal ketat oleh anggota polis dan tentera.
Susulan protes itu, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina membatalkan lawatan diplomatik antarabangsa ke luar negara. -THE INDIAN EXPRESS