DHAKA: Angka kematian akibat demonstrasi menentang dasar kerajaan yang menetapkan kuota pengambilan pekerja dalam perkhidmatan awam di ibu negara Bangladesh makin meningkat dengan 39 dilaporkan maut.
Pertempuran ganas itu juga menyebabkan seramai 104 pegawai polis dan 30 wartawan cedera, lapor Independent Television.
Rangkaian stesen penyiar swasta itu melaporkan, secara keseluruhannya, seramai 702 orang cedera semasa konfrontasi antara anggota polis dan penunjuk perasaan, dengan pertempuran merebak di 26 daripada 64 daerah di negara itu.
Pihak polis berkata, penunjuk perasaan bertindak agresif dengan membakar beberapa bangunan kerajaan dan kenderaan di sepanjang jalan.
Pihaknya akan mula mengenakan sekatan paling ketat dan tidak menolak kemungkinan akan menggunakan undang-undang secara maksimum jika aktiviti keganasan berterusan.