JAKARTA: Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial ada 17 Oktober, tahun lalu.
Pengarah Urusan Kereta Cepat Indonesia-China, Eva Chairunisa berkata, pencapaian tu adalah bukti keyakinan dan kepercayaan tinggi orang ramai terhadap projek HSR di Indonesia sepanjang sembilan bulan beroperasi.
“Pencapaian ini adalah hasil gabungan usaha dan inovasi KCIC dan semua pihak berkepentingan yang berusaha meningkatkan perkhidmatan,” katanya lapor The Straits Times.
HSR di Indonesia adalah projek pertama di Asia Tenggara, dengan kelajuan reka bentuknya 350 kilometer/jam (kmj).
Ia menghubungkan stesen Halim di Jakarta ke stesen Tegalluar di bandar keempat Indonesia, Bandung dan wilayah Jawa Barat.
Projek itu dapat mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar dari tiga jam kepada hanya 40 minit.
Eva berkata, Whoosh memberi impak positif yang ketara kepada pelbagai sektor terutamanya pelancongan dan industri di rantau ini.
“Impak positif terhadap pelancongan mengukuhkan misi kami untuk meningkatkan kesalinghubungan dan menyokong pertumbuhan ekonomi melalui pengangkutan yang cekap dan selesa,” katanya.