Presiden Kenya mohon maaf - Utusan Malaysia

Presiden Kenya mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Presiden Kenya, William Ruto memohon maaf kepada rakyatnya berhubung sikap angkuh Menteri dan penggubal undang-undang terhadap rakyatnya ketika protes menentang kenaikan cukai, baru-baru ini.

Ruto dengan rendah diri berkata, kenyataan umum bernada angkuh yang dibuat oleh pegawai kerajaan adalah satu ‘kesalahan’.

Ruto akan memastikan setiap pegawai kerajaan memikul tanggungjawab dan berjanji akan melakukan perubahan dalam setiap tatacara.

“Saya akan memastikan pihak polis bebas dan tidak dikawal oleh cabang eksekutif kerajaan.

“Pegawai yang bertanggungjawab akan didakwa,” katanya.

Ibu negara itu bergolak apabila rakyat berhimpun di jalanan bagi memprotes Rang Undang-Undang mengenai kewangan.

Sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam protes di Kenya yang dicetuskan oleh usaha kerajaan untuk menaikkan kadar cukai dengan ketara di negara Afrika Timur itu, menurut Human Rights Watch, Jun lalu.

Pengarah Human Rights Watch di Afrika, Otsieno Namwaya berkata, pasukan keselamatan Kenya melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan termasuk penunjuk perasaan yang melarikan diri.

“Walaupun tiada pengesahan tentang jumlah sebenar rakyat yang terbunuh di Nairobi dan bandar-bandar lain, Human Rights Watch mendapati sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh pada hari itu berdasarkan pengakuan saksi, maklumat awam, rekod hospital dan bilik mayat di Nairobi.

“Melepaskan tembakan ke arah orang ramai tanpa alasan, termasuk ketika penunjuk perasaan cuba melarikan diri, sama sekali tidak boleh diterima di bawah undang-undang Kenya dan antarabangsa,” katanya.

Selasa lalu, seramai lima penunjuk perasaan maut akibat ditembak mati oleh Polis Kenya ketika protes menentang cadangan pengenalan cukai baharu di negara itu.

Suasana di ibu negara, Nairobi bertukar kacau-bilau apabila orang ramai merempuh sekatan polis sebelum menyerbu masuk Parlimen dan membakar sebahagian daripada bangunan itu. -AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya