Prabowo sudah sihat lepas jalani pembedahan di kaki

Prabowo sudah sihat lepas jalani pembedahan di kaki

PRABOWO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Wakil Presiden Terpilih, Gibran Rakabuming Raka memaklumkan Presiden terpilih, Prabowo Subianto dalam keadaan sihat selepas menjalani pembedahan besar akibat kecederaan di kaki.

Lapor Kompas.com, Gibran mengaku dia sudah bertemu Prabowo di kediaman rasmi Parti Gerindra di Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

“Baru berjumpa beliau semalam di rumahnya. Beliau berada dalam keadaan sihat.

“Beliau juga tidak sabar untuk kembali bekerja,” katanya.

Sementara itu, Prabowo berkata, pembedahan itu dilakukan kerana ketika masih aktif dalam tentera, beliau pernah mengalami kecederaan akibat aktiviti payung terjun.

Kecelakaan itu membuatkan kaki kiri Prabowo cedera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya