Pilihan Raya UK: Pembangkang tumbangkan Kerajaan

Pilihan Raya UK: Parti Pembangkang tumbangkan Kerajaan

KEIR STARMER (kiri) dan Rishi Sunak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IBARAT Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, pada 2018.

Itu gambaran yang dapat dikaitkan dengan PRU yang berlangsung dalam tempoh 24 jam lalu di United Kingdom (UK).

Kerajaan mewakili Parti Konservatif atau nama jolokannya, Tories yang memerintah selama tempoh 14 tahun akhirnya kecundang dan tumbang di tangan lawan. 

Kemenangan besar parti Buruh sebenarnya mewakili majoriti suara generasi muda di Britain yang dahagakan pembaharuan dalam tadbir urus ekonomi, menentang amalan korupsi serta menyanjung tatakelola yang baik. 

Sebab itu, golongan pengundi menoktahkan kepemimpinan Sunak yang tidak sampai tempoh dua tahun memerintah Britain, sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada 2022. 

Walaupun Sunak bukanlah pemimpin paling sekejap memerintah, kerana pendahulunya, Liz Truss lebih pendek memegang jawatan itu, selain Boris Johnson dalam tempoh setahun ke setahun lebih. 

Bibit-bibit kekalahan Sunak sudah dapat dihidu tatkala dalam tempoh kempen enam minggu terakhir, The Guardian melaporkan Sunak meluahkan ketakutan sekiranya hilang kerusi yang ditandinginya.

Ramalan awal oleh YouGov menunjukkan 16 menteri kehilangan kerusi Kabinet (keputusan rasmi belum diumumkan setakat pukul 4 petang, waktu Malaysia semalam). 

Walaupun timbul sentimen kononnya Sunak ditolak kerana sentimen perkauman dek wajah Asianya atau pendatang Hindu berkuturunan India, namun ia bukanlah parameter sebenar yang melonjakkan kemenangan pembangkang. 

Mungkin kemarahan rakyat bersebab. Ada pengundi yang mempertikaikan warisan kekayaan isteri Sunak, Akshata Murty yang merupakan pewaris syarikat gergasi teknologi India yang menjadikan mereka lebih kaya-raya. 

Malah, lebih kaya daripada pemerintah Britain, Raja Charles III. 

Sunak juga tidak jelas pendirian mengenai isu Palestin, sedangkan golongan mahasiswa mengadakan demonstrasi kerana ia jelas mencabul hak asasi manusia. 

PECAH REKOD 

Pemimpin Buruh, Keir Starmer adalah ‘harapan dan peluang era baharu’ bagi jutaan penduduk di negara itu. 

Starmer meraih majoriti besar yang direkodkan oleh sebuah parti politik sejak 1832. 

“Ini adalah negara yang terbaik dengan potensi besar rakyatnya dalam pelbagai bidang.

“Rakyat Britain layak mendapat kerajaan yang memenuhi cita-cita mereka,” ucapnya, baru-baru ini. 

Berdasarkan tinjauan awal, ramalan menjangka Stermer mampu menyapu bersih 410 kerusi Parlimen (House of Commons) yang dipertandingkan. 

Manifesto Buruh lebih memikat hati pengundi. Parti itu berhasrat memperkenalkan strategi perindustrian baharu dan menumpukan kepada penciptaan kekayaan berbanding menaikkan cukai. 

Starmer juga berikrar untuk mengurangkan masa menunggu Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dengan menambah 40,000 lagi janji temu kesihatan setiap minggu dan menggandakan bilangan pengimbas kanser.

Buruh juga mahu menghapuskan rancangan kerajaan untuk menghantar pencari suaka ke Rwanda, sebaliknya mengetatkan keselamatan sempadan dan meningkatkan hubungan dengan Eropah. 

Kali terakhir parti ini memerintah adalah pada 1997 hingga 2010 di bawah pimpinan Tony Blair dan Gordon Brown.

FAKTA PRU 

Lebih lima parti politik utama termasuk parti Demokrat Liberal, Green Party, Reform UK bertanding bagi merebut 650 kerusi Parlimen (House of Commons).

Parti-parti politik yang bertanding menawarkan manifesto meliputi isu ekonomi, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS), imigresen dan hubungan UK dengan Kesatuan Eropah (EU).

PRU terakhir di UK adalah pada Disember 2019, Ketika Johnson Kembali berkuasa.

Sekiranya tiada mana-mana parti politik yang meraih majoriti, Parlimen tergantung akan diumumkan.

Jika berlaku, parti yang menang besar boleh memilih untuk membentuk gabungan dengan parti lain. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya