Piala FA: JDT sudah, Kedah, Penang belum pasti

Piala FA: JDT sudah, Kedah dan Penang belum pasti

PEMAIN Kedah menjalani latihan di bawah kendalian Nafuzi Zain– IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua aksi suku akhir kedua Piala FA yang akan berlangsung malam ini bakal menawarkan tempat ke separuh akhir kejuaraan tersebut.

Begitupun, Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh dikatakan sudah mengesahkan tempat di peringkat itu selepas mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Malaysian University pada pertemuan pertama.

Maka pertembungan kedua di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini dilihat hanya akan menentukan jumlah gol bakal dicatat skuad Harimau Selatan untuk melangkah ke separuh akhir sekali gus berpeluang mempertahankan kejuaraan itu.

Bagaimanapun, pertemuan Derbi Utara di Stadium Darul Aman akan lebih mencuri tumpuan peminat-peminat bola sepak tempatan apabila kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang sama rata untuk mara ke peringkat seterusnya.

Meskipun Kedah Darul Aman (KDA) FC memiliki bekalan satu gol selepas mencatat kemenangan 0-1 di Stadium Bandaraya namun tempoh 90 minit berbaki mampu merubah keputusan berkenaan.

Jika melihat perlawanan sebelum ini, Kedah perlu berterima kasih kepada ketangkasan penjaga golnya Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi yang menafikan deretan percubaan Penang FC.

Namun, pastinya kali ini skuad Harimau Kumbang enggan mengulangi kesilapan sama namun pemain ke-12 Sang Kenari juga tidak mahu melihat pasukan kesayangan mereka rebah di laman sendiri.

Perebutan slot ke separuh akhir Derbi Utara dijangka berlangsung sengit dan bakal menampilkan pertarungan menarik antara kedua-dua pasukan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN