Peserta pro-Palestin di London ditahan secara ganas

Peserta pro-Palestin di London ditahan secara ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah klip video dalam talian menunjukkan seorang pejuang pro Palestin ditangkap secara ganas oleh Polis Metropolitan London.

Rakaman itu mengundang reaksi marah pengguna di seluruh media sosial, selepas beberapa siri kontroversi anggota polis di ibu negara United Kingdom semasa perhimpunan mingguan pro-Palestin.

Menerusi video itu, seorang lelaki dilihat membantah penahanannya ketika dia berdiri di sebelah kereta yang membawa bendera Palestin bersaiz besar dan papan tanda tertera: ‘Bebaskan Palestin. Hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza’

Sekumpulan anggota polis mengheret lelaki itu ke tanah dan menumbuk di kepalanya sehingga membuatkan mangsa menjerit kesakitan.

Klip video itu dirakamkan di kawasan Tower Hamlets yang menempatkan komuniti terbesar masyarakat Islam di UK.

Bekas Kakitangan Parti Buruh, Halima Khan yang bertanding sebagai calon Parlimen dalam Pilihan Raya United Kingdom, minggu lalu, mengutuk insiden keganasan tersebut.

“Polis Metropolitan London bertindak ganas di London timur hanya kerana kesalahan mengibarkan bendera Palestin. Adakah kita Britain atau Israel?,” soalnya di X.

Bagaimanapun, pihak polis menerusi kenyataan menafikan lelaki itu ditangkap kerana memiliki bendera Palestin.

Pihaknya sedang menyiasat rakaman dan video kamera yang dipakai di badan anggota polis yang terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya