Pesawat India buat pendaratan cemas di Russia - Utusan Malaysia

Pesawat India buat pendaratan cemas di Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebuah pesawat Air India yang melakukan penerbangan dari Delhi ke San Francisco melakukan pendaratan cemas di Russia selepas anak kapal mengesan potensi masalah di tempat simpanan kargo.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 225 penumpang dan 19 kru penerbangan, membuat pendaratan berjaga-jaga dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Krasnoyarsk, di wilayah Siberia, Russia.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia adalah insiden kedua di laluan itu dalam tempoh lebih setahun lalu.

Banyak syarikat penerbangan termasuk syarikat dari AS dan Kesatuan Eropah mengelak laluan di ruang udara Russia berikutan perang di Ukraine.

Namun, India menggunakan laluan itu yang memberikannya masa penerbangan dan kelebihan kos dalam penerbangan ke AS. -REUTERS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya