Perkahwinan anak jutawan India, Anant Ambani RM700 juta

Perkahwinan mewah anak jutawan India, Anant Ambani cecah kos RM700 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Selepas tujuh bulan pesta pra perkahwinan yang dilimpahi kemewahan, Anant Ambani, anak lelaki terkaya India melangsungkan perkahwinan dengan pewaris syarikat farmaseutikal, Radhika Merchant di hadapan ribuan tetamu pada Jumaat.

Tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan berprestij juga bukan calang-calang seperti selebriti Hollywood Kim dan Khloe Kardashian, Nick Jonas dan Priyanka Chopra serta bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Boris Johnson.

Perkahwinan itu bahkan menarik banyak nama besar dalam bidang hiburan, sukan, perniagaan, politik India dan bintang Bollywood seperti Rajinikanth dan Sanjay Dutt.

Pihak polis menutup jalan di kawasan sekitar Pusat Konvensyen Jio World, di Mumbai yang mempunyai kapasiti 16,000 pengunjung, yang dimiliki oleh ahli keluarga konglomerat itu.

Tetamu antarabangsa yang hadir juga menghormati kod pakaian tradisional, dengan ramai dilihat memakai reka bentuk pakaian yang direka oleh pereka fesyen utama India.

John Cena dilihat berjalan atas permaidani merah dengan sulaman sherwani biru langit dan seluar putih, manakala, Jonas memilih versi merah jambu yang penuh berkilauan.

Menurut Forbes, keluarga yang memiliki perbadanan swasta terbesar India, Reliance Industries kini dikendalikan oleh bapanya, Mukesh Ambani dengan nilai kekayaan terkumpul berjumlah AS$122 billion.

Perniagaan itu diasaskan oleh datuknya, Anant. -CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya