PETALING JAYA: Perjalanan pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berakhir selepas tewas pada aksi terakhir Kumpulan H, sebentar tadi.
Bekas juara remaja dunia itu, tampil dengan bertenaga untuk meneruskan kemaraan namun belum cukup untuk menafikan lawannya dari Korea Selatan, Kim Ga Eun ke pusingan ke-16 terakhir.
Pada aksi yang mendebarkan itu, Jin Wei terpaksa berpuas hati menerusi pertarungan rubber set 21-17, 20-22, 21-23 dalam 1 jam 5 minit.
Tewas set pertama di tangan Ga Eun, Jin Wei kembali bangkit dengan permainan lebih agresif di set kedua untuk menang 22-20 dan mengheret pemain Korea Selatan itu ke set penentuan.
Aksi di set ketiga menyaksikan Jin Wei terpaksa berpuas hati selepas gagal mengejar mata Ga Eun selepas menamatkan saingan 23-21.
Untuk rekod, pencapaian terbaik pemain perseorangan wanita di pentas Olimpik adalah menerusi Datin Wong Mew Choo yang mara ke suku akhir di Olimpik Beijing 2008. – UTUSAN