Perisik Korea Utara berpaling tadah - Utusan Malaysia

Perisik Korea Utara berpaling tadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba berpaling tadah ke Korea Selatan.

Perkara itu didedahkan oleh Agensi Perisik Seoul yang mengesahkan kepada BBC.

Kaunselor politik itu dipercayai Diplomat Korea Utara Tertinggi yang melarikan diri ke Korea Selatan sejak 2016.

Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS) berkata, diplomat itu berpaling tadah sejak November lalu.

Butiran tentang pembelotan warga Korea Utara sering mengambil masa selama berbulan-bulan untuk diketahui.

Ini kerana, setiap pembelot mesti mengikuti kursus mengenai masyarakat Korea Selatan sebelum mereka diserap dalam perkhidmatan secara rasmi.

Laporan media Korea Selatan mendedahkan pembelot itu adalah seorang kaunselor yang bertanggungjawab dalam hal ehwal politik di Kedutaan Korea Utara di Cuba.

NIS belum mengesahkan perkara ini kepada BBC.

Akhbar Chosun Ilbo melaporkan, pihaknya dapat menemubual diplomat itu yang dikenal pasti sebagai Ri II Kyu, 52.

Perisik itu berpaling tadah kerana ‘kecewa dengan rejim Korea Utara dan masa depan yang suram’.

Tugasnya adalah menghalang Havana daripada menjalin hubungan diplomatik rasmi dengan Seoul.

Bagaimanapun, Februari lalu, kedua-dua kerajaan menjalin hubungan rasmi yang dilihat sebagai petanda kemunduran bagi Pyongyang. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya