Perdana Menteri Nepal hilang majoriti - Utusan Malaysia

Perdana Menteri Nepal hilang majoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal hilang majoriti dalam kerajaan pimpinannya selepas rakan parti gabungannya menarik sokongan terhadap Dahal sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik di negara berkenaan.

Dahal bakal berdepan undi tidak percaya di Parlimen dalam tempoh 30 hari.

Dahal, 69, merupakan bekas pemberontak gerila Maoist memegang jawatan Perdana Menteri sejak Disember 2022.

Empat bulan lalu, Dahal menyingkirkan sekutu lama dan kembali menjalinkan semula hubungan dengan Parti Komunis Nepal-Marxist Lenin Bersatu (CPN-UML), namun hubungan itu tidak bertahan lama.

“Kesemua Menteri meletakkan jawatan. Kami telah menarik balik sokongan dan memaklumkan perkara ini terhadap Perdana Menteri”, kata Ketua jurucakap CPN-UML,Mahesh Bartaula kepada AFP.

Perselisihan pandangan dengan kepemimpinan utama membuka jalan buat Pengerusi CPN-UML,KP Sharma Oli bagi mengadakan rundingan dan kesepakatan bersama Ketua Parti Pembangkang Nepal (NC), Sher Bahadur pada Selasa.

Setiausaha NC, Krishna Prasad Poudel mengumumkan butiran rundingan selepas mesyuarat oleh kedua-dua pemimpin,semalam. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya