Perang mulut Israel-Türkiye berlanjutan - Utusan Malaysia

Perang mulut Israel-Türkiye berlanjutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel menggesa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyingkirkan Turkiye daripada blok itu selepas Presiden Tayyip Erdogan mengancam mahu menyerang Israel seperti yang dilakukan di Karabakh, Azerbaijan dan Libya.

Menteri Luarnya, Israel Katz, membuat desakan berkenaan dengan menyifatkan kenyataan Erdogan itu sebagai ancaman untuk menceroboh atau menyerang Israel serta berbaur retorik yang berbahaya.

Dalam reaksi berhubung perkara tersebut, Katz mengarahkan diplomat untuk segera berhubung dengan anggota NATO selain menggesa Turkiye dikecam sekali gus menuntut Ankara disingkirkan daripada pakatan serantau itu.

Erdogan semasa berucap di hadapan pemimpin Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) menegaskan, Turkiye perlu kuat supaya Israel tidak memperlakukan Palestin dengan sewenang-wenangnya.

“Kita berkemungkinan melakukan perkara sama terhadap Israel, sama seperti kita memasuki Karabakh dan Libya,” katanya.

Bagaimanapun, Erdogan tidak menyatakan bentuk campur tangan yang dicadangkan berhubung perkara terbabit.

Turkiye yang menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Libya, Abdul Hamid Dbeibah, pada 2020 menghantar kumpulan tentera ke negara itu bagi membantu operasi ketenteraan.

Di wilayah bergolak Karabakh, Ankara berulang kali menafikan penglibatannya secara langsung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya