Penggodam Pro-Russia ditahan di Sepanyol - Utusan Malaysia

Penggodam Pro-Russia ditahan di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANYOL: Tiga penggodam pro-Rusia diberkas selepas disyaki melakukan serangan siber di Sepanyol dan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, (NATO) bagi tujuan keganasan.

Menurut polis, suspek ditahan atas dakwaan menyertai penyebaran serangan siber menafikan perkhidmatan (DDOS) yang disasarkan terhadap institusi awam dan sektor strategik.

Katanya, serangan siber itu didakwa dilakukan terhadap laman sesawang pertubuhan awam dan swasta, infrastruktur kritikal dan perkhidmatan penting di negara yang menyokong Ukraine dalam konflik dengan Rusia.

Kesemua suspek ditahan di Manacor di Pulau Balearic, Mallorca, Sepanyol, dan di Huelva serta Seville, di selatan Sepanyol.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menjelaskan sama ada ketiga-tiga suspek yang tidak dinamakan terbabit atau didakwa.

Polis bertindak menyiarkan video dalam aplikasi X mengenai serbuan di rumah seorang suspek yang mempunyai simbol dan lambang berkaitan Soviet di dalam kediamannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya