Penganjuran bersama Sukan SEA 2027 lebih menjimatkan

Penganjuran bersama Sukan SEA 2027 lebih menjimatkan

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata setakat ini sebanyak tiga negeri telah menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam penganjuran Sukan SEA 2027.

Katanya, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang sedia memperuntukkan sejumlah wang untuk menjadi penganjur bersama temasya dwi tahunan itu.

“Sehingga kini kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyediakan peruntukkan berjumlah RM465 juta daripada, pertama, dari Sarawak di mana mereka telah menawarkan peruntukkan RM350 juta lebih daripada 50 peratus bagi penganjuran 18 jenis sukan untuk Sukan SEA dan lapan jenis sukan bagi Para ASEAN.

“Negeri kedua adalah Sabah bersetuju dengan peruntukkan sebanyak RM100,528,975 bagi pengelolaan 11 jenis sukan untuk Sukan SEA dan empat jenis sukan untuk Para ASEAN.

“Ketiga, Pulau Pinang bersetuju dengan peruntukkan RM15 juta bagi penganjuran sukan billiards sahaja,” kata Hannah bagi menjawab soalan daripada Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya di Dewan Negara, hari ini.

Kata Hannah, itu bermakna kerajaan persekutuan perlu memperuntukkan kira-kira RM235 juta berdasarkan tawaran yang diterima bagi penganjuran temasya dwi tahunan itu.

Dalam pada itu, Hannah berkata berdasarkan penganjuran bersama itu kerajaan persekutuan dapat melakukan penjimatan berbanding model penganjuran Sukan SEA 2017, kali terakhir Malaysia menganjurkannya.

“Keputusan ini akan diputuskan oleh Jemaah Menteri selepas mengambil kira semua aspek berkaitan termasuk impak dan kesan kepada ekonomi negara,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN