Penduduk halau Menteri Israel - Utusan Malaysia

Penduduk halau Menteri Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOLAN: Seorang menteri Israel diusir oleh penduduk apabila beliau menghadiri acara pengebumian 12 kanak-kanak yang terkorban dalam satu serangan roket di Majdal Shams di Golan Heights.

Dalam rakaman disiarkan CNN, penduduk dilihat mencemuh Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich dari Parti Keagamaan Zionis.

“Berambus kau penjenayah! Kau pembunuh,” laung puluhan penduduk sebelum pemimpin itu terpaksa berundur meninggalkan lokasi tersebut.

Sebuah roket kelmarin membedil padang bola sepak di Majdal Shams, turut mencederakan beberapa individu lain.

Sehingga kini, belum jelas mengapa sistem pertahanan Israel gagal memintas serangan roket itu.

Pihak berkuasa masih menyiasat sama ada insiden itu melibatkan dron, roket atau peluru berpandu lain.

Tentera Israel menuding jari terhadap pejuang Hezbollah dan mengancam untuk melancarkan perang terhadap Lebanon.

Media Lebanon meyifatkan insiden di Majdal Shams adalah kesilapan Israel sendiri ataupun tindakan yang sengaja dilakukan untuk mengeksploitasi situasi politik dan ketenteraan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN