Pempengaruh, suami ditahan SPRM dipercayai seleweng wang derma

Pempengaruh, suami ditahan SPRM dipercayai seleweng wang derma

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang pempengaruh atau influencer bersama pasanganya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, pasangan berkenaan ditahan kira-kira pukul 6.40 petang ketika hadir merakam percakapan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Kata sumber itu, SPRM turut dipercayai merampas komputer riba dan telefon bimbit pasangan berkenaan.

“SPRM dipercayai menggeledah rumah pasangan berkenaan petang tadi,kedua-dua mereka akan di bawa ke Mahkamah Majistret, Putrajaya kira-kira pukul 9 pagi esok bagi permohonan reman,” katanya di sini.

Tular di media sosial mengenai pempengaruh atau influencer yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi.

Apatah lagi dia dan pasangannya dilihat hidup dalam kemewahan yang luar biasa hingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

Malah, pempengaruh tersebut didakwa tidak membuat audit terhadap kutipan orang ramai itu dan dikatakan juga tidak menunjukkan gambar atau bukti kutipan tersebut diserahkan kepada penerimanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN