Bawa kekasih berjalan atas duit, pempengaruh kena kecam

Pempengaruh bawa kekasih berjalan atas duit kena kecam

duit
Sergey Kosenko menjadi 'duit' sebagai tangga untuk kekasihnya turun dari helikopter.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sikap seorang pempengaruh Russia yang menunjuk-nunjuk kemewahan dengan membawa kekasihnya berjalan atas duit ketika turun dari helikopter mendapat kecaman satu dunia.’

Video pempengaruh itu, Sergei Kosenko atau Mr Thnak You dimuatkan naik ke Instagram dah menjadi viral, tetapi majoriti komen bukannya memuji tindakan itu sebaliknya mengeji
Netizen menganggap perbuatan itu sebagai menjijikkan kerana menghina duit.
Berdasarkan video itu, Kosenko menjadikan bungkusan duit sebagai tangga untuk kekasihnya turun dari helikopter dan dijadikan seperti permaidani untuk kekasihnya berjalan.
Ada juga netizen yang mempersoalkan kemungkinan wang tersebut semuanya palsu.’
Seorang netizen menulis: “Anda mungkin sangat kaya, tetapi cara ini bukan membenarkan anda memperlakukan wang tunai sebegitu tetapi sebalinya membantu ratusan keluarga dan memberi makan kepada gologan susah yang sedang kelaparan.”
Kosenko menggambarkan dia seorang pencipta, penyanyi dan usahawan dan pengikutnya mencecah 43 juta orang. – Agensi
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN