Pemain Liga M kena berani bersuara, jangan takut!

Pemain Liga M kena berani bersuara, jangan takut!

PEMAIN-Pemain Kuala Lumpur City kekal memberi komitmen terbaik kepada kelab walaupun berdepan tunggakan gaji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sikap takut bersuara dan bimbang kehilangan tempat dalam pasukan menjadi faktor utama rata-rata pemain memilih untuk ‘membisu’ meskipun berdepan tunggakan gaji berbulan-bulan.

Dalam masa sama, janji manis yang diberikan pihak pengurusan juga menjadi penyebab untuk pemain terus bertahan dan bermain tetapi akhirnya terpaksa berdepab bebanan hutang atau kehabisan duit simpanan.

Bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak mendedahkan ada pemain kelab Liga Malaysia (Liga M) yang takut berdepan tindakan sekiranya terlalu lantang mempersoalkan isu gaji.

Zaquan yang bersara sebagai pemain profesional musim ini berkata, pemain yang menjadi ‘kepala’ tentang isu gaji akan terima padah pada musim baharu kerana pengurusan tidak mahu ada pemain yang banyak bersuara.

Zaquan Adha Abdul Radzak

“Untuk pemain semua, aku tahu korang tak boleh bersuara, jadi aku bersuara sikit-sikit untuk korang, cukuplah korang ‘repost story’ ini.

“Ni la jadi bila pemain tidak berani bersuara dan berkeras pasal gaji. Tapi tu la, apabila kau berkeras atau lawan pasal gaji kau, kau akan terima padah pada musim hadapan sebab pengurusan tak mahu ada pemain yang banyak bersuara.

“Dalam erti kata lain, kepala dalam pasukan,” jelas Zauan dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, semalam.

Persoalannya, bagaimana pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) boleh terlepas pandang mengenai kemampuan dana dimiliki kelab-kelab bertanding di Liga Super, sedangkan di atas kertas pelbagai syarat-syarat ketat perlu dipenuhi sebelum diluluskan lesen kebangsaan.

Ataupun, kelab berkenaan sendiri sanggup memalsukan dokumen atau sebagainya demi memastikan pasukan mereka terus kekal dalam saingan liga bola sepak utama negara walaupun sedar pada akhirnya dana yang ada tidak mampu menampung perbelanjaan pasukan sepanjang liga berlangsung.

Kedua-dua persoalan itu, hanya boleh dijawab oleh pengelola liga dan juga kelab-kelab yang terlibat dengan masalah culas dalam membayar gaji pemain, barisan kejurulatihan serta mereka yang terlibat dalam pasukan.

Peringatan yang sering dilaporkan dalam laporan media mengenai sikap berbelanja ikut kemampuan saban tahun dibangkitkan setiap kali Liga Malaysia (Liga M) bakal membuka tirai namun ia seolah-olah dipandang remeh dan langsung tidak diambil pengajaran oleh kelab yang bertanding.

Pada akhirnya pemain-pemain menjadi mangsa dan pasukan yang dahulunya gah dalam saingan liga tempatan terpaksa ditutup seperti nasib yang menimpa Perlis, Kelantan dan beberapa pasukan lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya