Pekerja seks terancam semasa Sukan Olimpik Paris

Pekerja seks terancam semasa Sukan Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ketika Paris menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024, pekerja seks China tanpa izin memaklumkan anggota polis makin kerap melakukan rondaan sehingga mengancam mata pencariannya.

Situasi itu menyebabkan lelaki berusia 55 tahun berasa tertekan.

“Saya menjadi takut kerana setiap hari ada pemeriksaan polis.

“Jadi, saya makin kurang keluar untuk bekerja,” katanya.

Berdasarkan anggaran kerajaan dan badan amal, kira-kira 400,000 orang yang majoritinya adalah wanita menjual diri atau dieksploitasi untuk seks di Perancis.

Di bawah undang-undang Perancis, menawarkan perkhidmatan seks adalah dibenarkan, namun menyalahi undang-undang sekiranya mengeksploitasi seseorang atau membayar untuk seks serta meletakkan tanggungjawab jenayah kepada pelanggan.

Situasi bertambah lebih rumit jika pekerja seks tidak mempunyai dokumen.

Seorang pekerja seks yang datang ke Perancis tujuh tahun lalu, dengan harapan mendapat gaji berpatutan sebagai tukang cuci, kini disahkan menghidap kanser payudara.

“Jika mereka tangkap, saya akan dihantar pulang ke China dan tidak akan diberikan rawatan perubatan,” katanya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya