PDRM FC muncul pasukan pertama 'curi' mata daripada JDT

PDRM FC muncul pasukan pertama ‘curi’ mata daripada JDT

PERTAHANAN JDT, Matthew Davies gagal menyekat kemaraan penyerang PDRM, Bruno Suzuki pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.-UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: PDRM FC muncul pasukan pertama berjaya mencuri mata daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super.

Keputusan 1-1 diraih pasukan kendalian P.Maniam itu pastinya cukup manis buat mereka pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Malah kegagalan skuad Harimau Selatan meraih tiga mata itu juga telah menghentikan rentetan enam kemenangan dicatat JDTdalam saingan liga musim ini.

Pada aksi itu, PDRM FC terlebih dahulu mengejutkan JDT menerusi ledakan Shahrel Fikri Mohd Fauzi pada minit ke-22 meskipun permainan dikuasai pasukan pelawat.

Bagaimanapun, JDT hanya memerlukan 10 minit untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Oscar Arribas dan kedudukan itu kekal meskipun skuad Harimau Selatan terus mengasak benteng PDRM FC.

PEMAIN JDT, Natxo Insa bersaing dengan pemain PDRM berebut bola di udara.

Bersambung babak kedua, JDT terus meningkatkan intensiti serangan, selain mengharap ihsan pengadil perlawanan Muhammad Shukor Zulkiflee untuk meraih sepakan penalti pada babak terakhir perlawanan namun tidak dilayan.

The Cops yang dilihat membina ‘roadblock’ sepanjang babak kedua, jelas memberi kesukaran untuk JDT sekali gus memaksa juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu terpaksa pulang dengan satu mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN