Pertikaian sempadan Kyrgyzstan, Tajikistan selesai cara baik

PBB harap pertikaian sempadan Kyrgyzstan, Tajikistan selesai cara baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BISHKEK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menzahirkan harapan untuk melihat negara-negara Asia Tengah di Kyrgyzstan dan Tajikistan menyelesaikan pertikaian sempadan secara aman.

Semasa pertemuan dengan Presiden Kyrgyzstan, Sadyr Japarov di Bishkek, Guterres memuji pengalaman positif Kyrgyzstan dalam menyelesaikan pertikaian wilayah dengan negara jiran sehingga mencatatkan kejayaan persempadanan semula dengan Uzbekistan, tahun lalu.

“Saya yakin isu sempadan dengan Tajikistan akan diselesaikan secara diplomatik, aman, dan melalui rundingan,” kata Guterres yang menekankan kerumitan persempadanan semula di Lembah Ferghana.

Sempadan negeri antara Kyrgyzstan dan Tajikistan menjangkau kira-kira 980 kilometer. Rundingan mengenai penentuan dan pemetaan sempadan dijalankan sejak Disember 2002.

Pada masa ini, lebih 90 peratus daripada sempadan diselesaikan dan diiktiraf bersama, dengan bahagian selebihnya masih menjadi pertikaian.

Isu yang tidak dapat diselesaikan ini membawa kepada pelbagai konflik yang melibatkan penduduk tempatan dan anggota tentera dari kedua-dua republik itu, termasuk insiden yang melibatkan senjata api.

Sejak 2014, terdapat lebih 10 konflik serius di sepanjang sempadan Kyrgyz-Tajik.

Kyrgyzstan berkongsi sempadan dengan China, Kazakhstan, Uzbekistan dan Tajikistan, dengan hanya sempadan Tajikistan yang belum diselesaikan dari segi persempadanan semula.

Semasa pertemuan itu, Japarov menyampaikan sijil kepada Guterres yang menamakan puncak gunung di kawasan Sary-Jazz dengan nama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. -ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya