PBB dedah kesulitan hantar bantuan ke Gaza - Utusan Malaysia

PBB dedah kesulitan hantar bantuan ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Jurucakap Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric mendedahkan kesukaran dan kesulitan yang dihadapi badan dunia itu untuk menghantar bantuan ke Gaza.

Jelasnya, tiada lagi tempat selamat di wilayah itu. 

“Ini sekali lagi menunjukkan tiada tempat yang selamat di Gaza, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk melindungi orang awam.

“Ini sebabnya, kita perlu mengakhiri konflik ini. Kita perlu melihat gencatan senjata kemanusiaan serta pembebasan tebusan yang akan membawa kepada kemampuan untuk mengagihkan bantuan dengan pantas kepada semua golongan yang memerlukan,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau menegaskan konflik Israel-Hamas perlu dinoktahkan segera. 

Pada masa sama, beliau menekankan kepentingan untuk dikuatkuasakan gencatan senjata kemanusiaan serta pembebasan tebusan yang akan membuka laluan kepada PBB untuk menyambung semula penghantaran bantuan kepada semua golongan yang memerlukan. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya