PBB beri amaran cuaca panas melampau - Utusan Malaysia

PBB beri amaran cuaca panas melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, semalam menggesa negara-negara untuk menangani masalah panas melampau yang semakin teruk akibat perubahan iklim selepas dunia mencatatkan suhu terpanas dalam tempoh beberapa hari.

“Panas ekstrem adalah norma baharu. Dunia mesti menghadapi cabaran suhu yang semakin meningkat,” kata beliau seperti laporan Arab News.

PBB pada masa sama turut menyeru dunia mengurangkan pengeluaran bahan api fosil yang menyumbang kepada perubahan iklim di samping melindungi golongan yang paling terdedah seperti warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak.

Beliau juga menyeru agar semua pihak mempersiapkan sektor kritikal seperti penjagaan kesihatan dan persekitaran binaan untuk menghadapi suhu panas.

Ini adalah kali pertama PBB mengeluarkan amaran global berhubung masalah tersebut.

Perubahan iklim menyebabkan gelombang haba semakin kerap dan berpanjangan.

Tahun ini, panas melampau menyebabkan kematian 1,300 jemaah haji selain mengakibatkan penutupan sekolah melibatkan 80 juta kanak-kanak di Afrika dan Asia.

Menjelang tahun 2050, dijangka jumlah golongan miskin bandar yang hidup dalam keadaan panas ekstrem meningkat sebanyak 700 peratus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya