Parti Buruh menang 326 kerusi pilihan raya Parlimen Britain

Parti Buruh menang 326 kerusi pilihan raya Parlimen UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: ‘Terima kasih, anda sudah mengubah negara’. Itu ucapan sulung pemimpin parti Buruh, Keir Starmer susulan kemenangan tidak rasmi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di United Kingdom.

Terkini, Buruh meraih kemenangan sebanyak 326 kerusi daripada 650 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Buruh dijangka meraih kemenangan bergaya di beberapa kerusi lain walaupun kerusi yang dimenangi sudah cukup untuk membentuk kerajaan.

Starmer semasa berucap di tengah London, turut melahirkan kegusaran kerana mandat yang perlu digalas adalah kepercayaan tidak berbelah bahagi daripada rakyatnya.

“Mandat ini datang dengan tanggungjawab yang besar.

“Kita perlu mengembalikan politik dengan mengutamakan perkhidmatan awam. Kita akan buktikan mampu menjadi kerajaan yang baik,” katanya.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya