Papan sasar rosak, persiapan atlet memanah Melaka terjejas

Papan sasar rosak, persiapan atlet memanah Melaka terjejas

ZAINUDDIN Talib (kanan) sedang melatih dua atlet perempuan dalam keadaan papan sasar yang berlubang ketika menjalani latihan di Lapang Sasar MSN, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persiapan 12 atlet skuad memanah Melaka untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak berdepan masalah apabila papan sasar yang rosak masih belum diganti.

Jurulatihnya, Zainuddin Talib berkata, lapan daripada sembilan papan sasar di Lapang Sasar Majlis Sukan Negeri (MSN), Ayer Keroh di sini tidak boleh digunakan langsung.

Menurutnya, situasi itu menjejaskan persiapan atlet ketika menjalani latihan memandangkan hanya satu sahaja papan sasar yang boleh digunakan.

“Kekangan lain yang turut dihadapi atlet apabila anak panah baharu untuk kegunaan 12 atlet yang akan ke Sarawak masih belum diperolehi sehingga kini.

“Kita sudah mohon untuk papan sasar diganti baharu sejak awal Januari lalu tetapi sehingga kini tidak diganti. Atlet yang menjalani latihan terpaksa menggunakan juga papan sasar rosak tetapi di bahagian tepi yang masih elok, kerana di bahagian tengahnya berlubang
besar dan tidak boleh digunakan.

“Situasi ini sebenarnya menjejaskan semangat perjuangan atlet muda Melaka yang akan bertanding ketika temasya berbaki sebulan lebih,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Zainuddin, walaupun berdepan kekangan sedemikian, sesi latihan tetap berjalan seperti biasa meskipun mempunyai risiko anak panah rosak dan hilang.

Ujarnya, sandaran pingat diletakkan kepada dua atlet iaitu Muhamad Haziq Halil dan S. Praveen serta berpasukan lelaki.

“Praveen dilihat mampu menghasilkan pingat emas dalam acara individu 50 meter berdasarkan kejayaannya di Chiang Mai, Thailand dan Jakarta, Indonesia awal tahun ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya