Operasi penerbangan terjejas, Korea Utara hantar 500 belon

Operasi penerbangan terjejas, Korea Utara hantar 500 belon sampah sehari

POLIS memantau belon sampah yang mendarat di Seoul, Korea Selatan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara menghantar kira-kira 500 belon yang dipenuhi sampah ke ruang udara Korea Utara dalam tempoh 24 jam lalu, sehingga menganggu operasi penerbangan dan menyebabkan kebakaran di bumbung sebuah bangunan kediaman.

Belon itu adalah sebahagian daripada kempen propaganda berterusan Pyongyang terhadap pembelot dan aktivis Korea Utara di Selatan, yang kerap menghantar belon membawa barangan seperti risalah anti-Pyongyang, ubat, wang dan peranti USB dimuatkan dengan video serta drama K-pop.

Pegawai Korea Airports Corporation berkata, penghantaran belon itu menyebabkan operasi pesawat berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Gimpo di Seoul digantung selama dua jam, semalam.

Serangan belon sampah Korea Utara juga beberapa kali menjejaskan laluan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, kebelakangan ini.

Di Gyeonggi, wilayah berhampiran Seoul, belon dilaporkan terbakar di atas bangunan kediaman.

Tentera Korea Selatan berkata, beberapa belon yang dipenuhi sampah dilengkapi dengan alat letupan berjadual yang boleh menyebabkan kebakaran.

“Pemasa dipasang pada belon sampah, yang mempunyai kesan meletupkan belon dan menyebarkan sampah selepas tempoh masa tertentu,” kata jurucakap Ketua Turus Bersama Korea Selatan, Lee Sung-jun dalam satu taklimat.

Beliau mengesahkan sebanyak 480 belon, kebanyakannya membawa sampah kertas dan plastik, mendarat di Korea Selatan setakat hari ini.

Semalam, beberapa belon mendarat di sekitar pejabat Presiden yang dikawal ketat di Seoul.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya