Operasi penerbangan pulih selepas serangan Crowdstrike

Operasi penerbangan pulih selepas serangan Crowdstrike

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS:Pesawat-pesawat di seluruh dunia mula berlepas secara beransur-ansur selepas gangguan IT terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, susulan kemas kini program antivirus. 

Sejak Jumaat lalu, syarikat penerbangan global, bank dan media dilanda huru-hara sehingga menyebabkan sejumlah besar lapangan terbang seluruh dunia terjejas. 

Bagaimanapun, situasi kembali pulih dengan bilangan penumpang meningkat di sejumlah besar lapangan terbang seluruh dunia.  

“Keadaan kembali normal di lapangan terbang di seluruh Jerman dan Perancis, ketika Paris bersiap sedia menerima jutaan pelancong sempena Sukan Olimpik yang bermula Jumaat depan,” kata pegawai. 

Sejak Jumaat lalu, puluhan penerbangan di kebanyakan negara dibatalkan selepas kemas kini program yang beroperasi pada sistem Microsoft Windows tergendala.

Beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) dan lapangan terbang di seluruh Asia menyambung semula operasi dengan perkhidmatan daftar masuk kembali pulih di Hong Kong, Korea Selatan dan Thailand.

Sehingga petang semalam, sebahagian besar operaso penerbangan kembali normal di India, Indonesia dan di Lapangan Terbang Changi, Singapura. 

Microsoft menganggarkan 8.5 juta peranti Windows terjejas akibat gangguan IT di peringkat global.  

Menurut Microsoft, isu itu bermula pada pukul 7 petang (waktu tempatan) Khamis lalu, menjejaskan pengguna Windows yang menjalankan perisian keselamatan siber CrowdStrike Falcon.

CrowdStrike merupakan syarikat keselamatan siber di sebalik gangguan IT global tersebut.

Berpangkalan di Texas, AS, syarikat itu adalah peneraju yang terkenal kerana membina pertahanan perisian untuk pengkomputeran awan serta berupaya mendedahkan ancaman Russia serta Korea Utara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya