Netanyahu lengahkan gencatan senjata, syarat penuh helah

Netanyahu sengaja lengahkan gencatan senjata, syarat baharu penuh helah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Syarat baharu mengenai gencatan senjata yang diusulkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilihat sengaja melengahkan proses perdamaian di Gaza.

Antara syarat itu termasuk mekanisme menyaring penduduk Palestin yang kembali ke utara Gaza, mengekalkan tentera di sepanjang kawasan sempadan Gaza-Mesir yang dikenali sebagai Koridor Philadelphi serta menerima senarai tawanan Israel yang akan dibebaskan terlebih dahulu.

Beberapa hari lalu, Ketua Mossad Israel, David Barnea, Pengarah CIA, William Burns, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani dan Ketua Perisikan Mesir, Abbas Kamel bertemu di Rom, Itali untuk membincangkan usaha gencatan senjata di Gaza dan pertukaran tawanan.

Perbincangan tidak langsung antara Israel, Hamas dengan Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir bertindak sebagai perantara gagal mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata yang terjamin. 

Setakat ini, usaha oleh ketiga-tiga negara untuk menjadi pengantara perjanjian antara Israel dan Hamas terhalang selepas Netanyahu menolak tawaran itu, sedangkan Hamas mahu menghentikan permusuhan segera. 

Israel berdepan kecaman antarabangsa susulan serangan kejam yang berterusan terhadap Gaza sejak 7 Oktober, tahun lalu. 

Bahkan, negara haram itu mengabaikan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata segera. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN