Myanmar sengaja guna Rohingya sebagai perisai manusia - Utusan Malaysia

Myanmar sengaja guna Rohingya sebagai perisai manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Beberapa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Turkiye menyuarakan kebimbangan terhadap situasi di Myanma, susulan peningkatan keganasan dan konflik. 

Wakil Tetap AS ke PBB, Robert Wood berkata, berdasarkan laporan yang boleh dipercayai mengenai pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, krisis kemanusiaan semakin memburuk di seluruh Myanmar. 

Laporan baru-baru ini, katanya, menunjukkan rejim Myanmar sengaja menggunakan warga Rohingnya sebagai perisai manusia dalam konflik itu.  

Sejak rampasan kuasa tentera pada 2021, katanya, bilangan mereka yang memerlukan bantuan kemanusiaan meningkat dari satu juta kepada 18.6 juta orang.

“Lebih 2.9 juta orang dipindahkan baru-baru ini, termasuk 66,000 orang mencari perlindungan di negara-negara jiran, yang bertambah lebih satu juta pelarian Rohingya melarikan diri sebelum rampasan kuasa,” katanya lapor Anadolu.

Wood menggesa Angkatan Tentera Myanmar dan pihak berkaitan di negara itu untuk meredakan keganasan, menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan hak asasi manusia serta melindungi orang awam.

“Kami mengulangi gesaan untuk terlibat dalam dialog yang membina dan inklusif untuk mencari penyelesaian damai kepada situasi di Myanmar,” katanya.

Pada 2017, tentera Myanmar melancarkan operasi keganasan terhadap penduduk Rohingya di utara Rakhine.

Hampir 1.2 juta Rohingya terpaksa melarikan diri ke negara jiran Bangladesh dan tinggal di kem pelarian yang penuh sesak.

Sejak rampasan kuasa 2021, yang menggulingkan kerajaan Myanmar dipimpin Aung San Suu Kyi, tentera negara itu melakukan tindakan keras di seluruh negara terhadap berjuta-juta orang yang menentang pemerintahannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya