Mickey turun berlatih dengan Selangor FC pada 21 Julai?

Mickey turun berlatih dengan Selangor FC pada 21 Julai?

Faisal Halim turut turun ke padang meraikan kejayaan pasukan Selangor mara ke separuh akhir selepas menewaskan Kuching City FC dalam saingan pusingan kedua suku akhir Piala FA.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelibat Faisal Halim yang mesra disapa Mickey dilihat cukup ceria dan bersemangat ketika meraikan kejayaan Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Kuching City menerusi penentuan sepakan penalti.

Riak muka dan semangat ditunjukkan Mickey seolah-olah memberi gambaran tonggak Harimau Malaya itu akan turun padang menyertai rakan sepasukannya dalam tempoh terdekat.

Biarpun peminat tidak dapat melihat aksi lincah yang sering diperaganya dalam padang namun melihat Faisal berada di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sudah cukup mengubat kerinduan peminat.

Berdasarkan kepada perkembangan positif proses pemulihan akibat insiden simbahan asid, awal Mei lalu, pemain berusia 26 tahun itu disifatkan cukup luar biasa.

Terdahulu, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, berkata Faisal akan melakukan latihan fizikal di padang namun tidak membabitkan penggunaan bola dalam masa tiga minggu lagi, bermakna pada 21 Julai nanti.

“Mungkin dua atau tiga minggu lagi akan mula berada di padang, melakukan latihan ringan, bukan bermain bola.

“Tahap kecergasannya sekarang di bawah dan rendah, seperti pra musim kerana dua bulan tidak bermain bola langsung, tiada aktiviti fizikal,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya