Menyamar kerabat diraja Selangor, bapa didenda konsert K-Pop

Menyamar kerabat diraja Selangor, bapa didenda masa konsert K-Pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Gara-gara enggan bersesak menghadiri konsert kumpulan terkenal Korea Selatan, Enhypen, seorang bapa didenda S$5,000 (RM17,205) selepas menyamar sebagai pengawal peribadi yang kononnya mahu mengawal keselamatan anak perempuannya yang didakwa sebagai kerabat diraja dari Selangor.

Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap lelaki itu, 49, yang mengaku bersalah bersubahat dengan anaknya, 17, untuk menyamar dan satu lagi pertuduhan sengaja menceroboh masuk ke konsert itu yang diadakan di Stadium Tertutup Singapura pada 20 dan 21 Januari lalu.

Dalam pertuduhannya, bapa berkenaan dikatakan membeli dua keping tiket ke Konsert Jelajah Dunia Enhypen 2024 untuk anaknya dan seorang lagi rakan remaja tersebut.

Bagaimanapun, dia yang risau tentang keselamatan anaknya selain enggan beratur panjang, mencadangkan supaya mereka masing-masing menyamar sebagai pengawal peribadi dan puteri kerabat diraja Selangor.

Lelaki itu dikatakan menghubungi penganjur konsert, Anschutz Entertainment Group (AEG)pada 20 Januari lalu dengan menyatakan ada seorang puteri kerabat Selangor akan menghadiri konsert berkenaan.

Dia mendakwa dirinya sebagai pengawal peribadi dan perlu masuk bersama ke konsert untuk mengawasi keselamatan ‘puteri’ tersebut.

Ketiga-tiga mereka ditahan polis pada hari kedua konsert susulan tindakan penganjur yang membuat laporan polis selepas mencurigai pasangan bapa dan anak tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya