MB Selangor rasmi jejambat Saujana Putra yang dibangunkan LBS

MB Selangor rasmi jejambat Saujana Putra yang dibangunkan LBS

LBS
Amirudin Shari, Lim Hock San (enam dari kanan), dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (tiga dari kiri), diiringi tetamu kenamaan Kerajaan Negeri Selangor di majlis ‘Flag-off’ Jejambat BSP sebagai simbolik perasmian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah merasmikan ‘flag off’ sebagai simbolik pelancaran jejambat Bandar Saujana Putra (BSP) yang dibangunkan oleh LBS Bina Group Berhad (LBS).

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim,; Exco Infrastruktur dan Pertanian,Izham Hashim; ang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Projek jejambat BSP tersebut, telah diumumkan pada 2019, kini dibuka untuk kegunaan awam.

Ia menghubungkan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Pada masa ini, populasi penduduk BSP mencecah hampir seramai 20,000 orang dan jejambat ini dijangka membantu mengawal aliran trafik di kawasan ini.

Amirudin berkata,pembukaan jejambat itu penting dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan mengurangkan masa perjalanan mereka.

“Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi keutamaan terhadap kesejahteraan rakyatnya.

“Pelancaran jejambat Bandar Saujana Putra ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan mengurangkan masa perjalanan dan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada LBS atas sumbangan Syarikat terhadap pembinaan jejambat tersebut.

Hock San dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur di atas penyempurnaan projek jejambat BSP tersebut.

“Di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi oleh LBS, terutama sewaktu pandemik, saya gembira projek ini berjaya disiapkan. Saya percaya jejambat ini akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan membantu meningkatkan aliran trafik di lokasi kritikal ini,” katanya.

Penyempurnaan jejambat ini juga menandakan satu pencapaian penting dan tepat pada masanya, selaras dengan pelancaran projek BSP Sutera LBS pada April lepas. 

Pembangunan itu terdiri daripada unit pangsapuri dan rumah bandar dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM 207 juta, di mana ianya akan memberi nilai tambah di Bandar Saujana Putra. Perbandaran ini terdiri daripada pembangunan bercampur yang strategik dengan pilihan komprehensif kediaman dan unit komersial yang memenuhi keperluan rakyat,” tambah Tan Sri.

Menurut Raja Ahmad Shahrir Iskandar, jejambat dan persimpangan Bandar Saujana Putra ini juga menghubungkan rangkaian lebuh raya utama.

“Dengan pembangunan ini, saya yakin nilai hartanah di Bandar Saujana Putra dan sekitar akan meningkat dengan ketara,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya