RAFAH: Badan aktivis Palestin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyimpan 1,500 mayat di kem tahanan Sde Teiman sehingga badan terurai dan mereput.
Kem tahanan itu asalnya adalah sebuah kem askar yang terletak di Negev, 18 kilometer dari sempadan Gaza.
Kempen Kebangsaan Menentang Pengambilan Jenazah Mati Syahid adalah jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabuli hak asasi manusia.
Akhbar tempatan Haaretz melaporkan jenazah rakyat Palestin disimpan dalam bekas sejuk di dalam pangkalan tentera dan diklasifikasikan mengikut nombor tanpa nama.
“Mayat berada dalam keadaan lemah, sudah mencapai tahap penguraian tertentu dengan beberapa anggota hilang dan mangsa lain gagal dikenal pasti identitinya.
“Berkemungkinan besar individu yang meninggal dunia sudah dibunuh sejak awal perang, tahun lalu,” katanya lapor Quds News Network.
Aktivis itu menegaskan penemuan itu adalah jenayah yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel yang menjajah tanah Palestin sejak permulaan perang yang makin berlanjutan.
Lebih menyayat hati, apabila berlaku penganiayaan terhadap mayat mangsa di jalanan yang dirempuh kenderaan dan diseret berulang kali.
Pihaknya menyimpan bukti dan mendokumentasikan penganiayaan itu, termasuk kes beberapa mayat yang ditinggalkan di jalan raya selama beberapa hari.
Selain itu, rejim Zionis menyerang tanah perkuburan di Gaza, dengan memusnahkan dan mencuri mayat dari dalam tanah serta Hospital Al-Shifa dan Nasser. -AGENSI