MUNICH: Donyell Malen menjadi wira Belanda apabila membantu pasukannya untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Eropah buat kali pertama sejak 2008 apabila menewaskan Romania 3-0, sebentar tadi. Pada aksi terbabit, pemain Liverpool, Cody Gakpo membuka jaringan seawal minit ke-20 permainan untuk skuad Oranje. Hasil jaringan Gakpo sekali gus membuntu Romania untuk menyamakan kedudukan sehingga tamat separuh masa pertama. Babak kedua bermula, Belanda kelihatan bertungkus lumus untuk menambah jaringan namun benteng pertahanan Romania ‘kelihatan’ kebal buatnya. Malen yang dibawa masuk menggantikan Steven Bergwijn pada awal separuh masa kedua kelihatan berhasil apabila…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya